Dari Pantai Bak Bak, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit ke Tg Simpang Mengayau. Yang pasti..akan melalui jalan tidak berturap..agak2nya dalam 10km (kurang skit kot)..pastu..akan melalui kawasan pantai yang sangat indah & mengasyikkan..Pantai Kalampunian..pastu barulah....sampai ke tip of borneo ni..
Info dr www.sabahforum.com
Tanjung Simpang Mengayau "Tips of Borneo" Kawasan ini yang terletak paling utara di Borneo dan menjadi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Dengan landskap yang cantik dengan susunan batu-bata tempat pejalan kaki yang berlatar belakangkan Laut China Selatan (LCS) membuatkan Tanjung ini kelihatan memanjang dan sangat menarik.
Menurut cerita, Tanjung ini dahulunya adalah satu tempat yang dikelilingi hutan tebal dan berada betul-betul di pertemuan antara dua laut iaitu LCS dan Laut Sulu di Selatan Filipina. Ia juga pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti selama 42 hari untuk membaiki kapalnya yang rosak dipukul ribut.
Dalam bahasa Rungus, iaitu suku kaum majoriti yang menghuni kawasan ini, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka. ‘Tanjung’ bermaksud penghujung, ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan. Dalam bahasa Bajau pula, ‘Mengayau’ bermaksud berperang.
Apa yang menarik juga di kawasan ini ialah terdapatnya satu monumen khas berbentuk ‘Globe’ dan tiang bendera setinggi 10 meter yang megah mengibarkan Jalur Gemilang bersedia menyambut kehadiran pengunjung yang datang dari pelusuk tempat. Bagi kemudahan pengunjung, terdapat beberapa kemudahan disediakan seperti restoran, tandas dan tempat berehat.
Di sepanjang jalan masuk ke Tanjung ini juga pengunjung dapat melihat dan membeli barangan kraftangan penduduk setempat seperti barangan cenderamata yang berbentuk kerang-kerangan, gelang dan rantai yang diperbuat dari manik-manik yang berwarna-warni.
Kalau jumpa jalan tidak berturap ini, maknanya..dh dekat nk sampai...
No comments:
Post a Comment