Akhirnya setelah lebih 3 jam perjalanan dr Kudat, kami tiba di Kota Kinabalu. aku mengambil kesempatan yang ada..(baru pkl 3 ptg) untuk menjejak semula ke tempat yang pernah aku tinggalkan 17thn yang lalu....UiTM Sabah. Banyak telah berubah..Pekan Kuala Menggatal..Pos Pengawal..sehinggalah ke bangunan asrama & akademik. Bangunan Pentadbiran masih ada ditempat asal. Blok asrama kami dulu dijadikan Perpustakaan.
Yang masih teguh ialah anak2 tangga ini. Lupa dah ler brp jumlah anak tangga. tapi inilah yang aku daki setiap pagi dahulunya...syahdu nya rasa...tengok adik2 berkejaran ke kelas & pulang ke asrama..huhu...gini ler aku dulu...
Semasa berdiri di pondok rehat di tebing (kt blok pentadbiran)..masih indah panorama di sini..laut nan terbentang..langit biru..pulau2..& kapal2 berlabuh (di bawah..Teluk Sepanggar)..
Ada sesuatu yang tertinggal dulu...tapi ku cari...x jumpa...!.......jejak kaki...
No comments:
Post a Comment