Friday, January 29, 2010

Trip Ke Sabah (Jan 2010)


Alhamdulillah..
syukur sangat..perjalanan kali ini berjalan lancar & banyak tempat2 menarik yang sempat dilawati.


1st Day - 21/1/2010

Flight AA dr Penang tiba di KKIA2 pada jam 11pm. Dari airport, kami terus dapatkan teksi ke pusat bandar KK pada kadar RM30 sehala (MPV Innova). Kalau teksi biasa, mungkin lebih murah. 2thn lepas, cuma RM20 sahaja. Kalau selepas jam 12am..dengar2nya 2 x ganda..

Kami terus ke Api-Api Centre dimana terletaknya Zaharah Apartment (ZA). Staf ZA menunggu di 7-E Api-Api Centre. Kami dibawa ke pejabat operasi ZA di tingkat 2 blok belakang.wuuaa..disini..the 1st impression ttg ZA mmg habis dah. pejabatnya ala2 bilik stor sahaja.aduhai....

Selepas membayar deposit RM100 untuk bilik studio (harga RM85 semlm), kami di bawa ke bilik yang cuma terletak selang sebuah saja dr pejabat tadi. Mmg agak mengerikan..keadaan bilik sangat tidak memuaskan hati. hotel bajet mungkin lebih baik dari ini.Bilik air yang sangat uzur..sehingga tak lalu nk masuk..huk..huk..dengan tempat sinki yang reput, bekas cat dijadikan baldi & mangkuk sup djadikan gayung..huwaaaa...ngerikan..

tapi memikirkan cuma untuk melelapkan mata sekejap saja..halal lah...!
kami sempat keluar supper..pkl 12 lebih tu..kt Restoran Banu..(ini je yg nampak masih buka)..restoran ni ala2 kedai nasi kandar..terletak di blok sebelah belakang ZA.
Balik bilik hampir jam 2 am..terus je tido..malas nk fikir bab bilik lagi...(lena jugak pun..heheh).
ni antara gambar ZA..huhu..(gambar ni aku posted sebab nk bgtau kat forumer yang nk booking ZA ni..cian dia..takut dia pun teranaiya macam aku..jangan la pulak korang yang baca ni..tak de selera nk teruskan baca blog aku lak ye...huhu)














No comments:

Post a Comment