Friday, January 29, 2010

KK-Kundasang (Pekan Nabalu)

2nd Day - 22/1/2010
Hari ke-2...kami bersiap-siap lebih kurang jam 7 lebih. Kereta Sewa akan sampai jam 9pagi. So kami bersarapan dahulu di Aeiza Cafe, Api-Api Centre. Nasi lemak sebungkus RM1.70..sambal ikan bilis (beberapa pilihan), telur & kacang goreng. ok jugak la..air minuman kebanyakkannya secawan/gelas RM2.00.

Selepas sarapan, kami sempat berjalan2 ke bangunan sebelah belakang...rupanya disitu terdapat pejabat Sabah Tourism (Caw. Api-Api Centre), so kami pun masuk & ramahkan mulut bertanya ttg jalan2 ke kundasang & kudat, collect beberapa keping pamplet serta poskad. Staf mereka baik & peramah juga.
Kemudian, kami check out dr ZA..(insyallah..x nak lagi duk sini)..mujur belum bayar deposit utk 2 malam terakhir di KK nnt...ehhehe..

Jam 9, En Abdul Min dr Sykt Falida Motors (S) Sdn Bhd (Tel: 019-5857292) hantarkan kereta sewa, Proton Saga BML Auto plet no: SAA 6407X (kadar sewa RM100 sehari) . Kereta berada dalam condition yang amat baik. puas hati..

Berbekalkan sebuah peta & beberapa keping pamplet..kami mulakan perjalanan ke Kundasang. cuaca pun baik sekali..cerah & ceria...(walaupun ada saat ini, beberapa bahagian daerah di sabah dilanda banjir..)
Sempat singgah di Stesen Minyak ESSO..isi minyak dulu...save bajet punya pasal, saya tukarkan 3000 smiles point untuk RM45 minyak...huhu..jadilah...
Kami mengambil jalan di pesisir laut sehingga ke simpang Menggatal (uwaa..memori lama ni...tempat belajar dulu..17 thn dh rupanya..balik nnt kalau sempat, nk singgah!).

Jalan menghala ke Tuaran..then amik Jalan Tamparuli-Ranau..semasa melalui jalan ini..semakin tinggi..jauh..pemandangan semakin cantik..ada beberapa tempat yang dapat lihat view gunung yang sgt cantik.kami sempat singgah di Pekan Nabalu. Banyak dijual kraftangan sabah, keychain, tshirt dll. buah-buahan spt langsat, pisang dll pun byk. Gerai pertama sebelah kiri jalan..agak murah berbanding gerai lain...

Kalau sempat, singgah lah di bahagian belakang Pekan Nabalu ni..ada dibina sebuah pelantar (balconi) yang menghadap kawasan lembah & pergunungan..mg cantik pemandangan..

PEKAN NABALU











































Add Video

No comments:

Post a Comment