Friday, January 29, 2010

Ranau-Sabah Tea Garden

Selepas berehat sekejap..kami teruskan perjalanan menghala ke Pekan Ranau..perut pun sudah berbunyi...minta diisi dulu..
kami singgah di sebuah gerai yang menarik perhatian..(sebab ramai pelanggan di sini..so..mestilah makanannya sedap kan..). Gerai Anjung Selera. Terletak hujung sekali dr blok kedai pertama dr simpang pertama masuk ke pekan Ranau.
Gerai nasi campur ni..mmg jadi tumpuan di Pekan Ranau. Banyak pilihan lauk-pauk, menyelerakan tp rasa sedapnya tidak sama seperti ditempat sendiri..huhu..(x sedap la namanya ni..heheh tp ada gak yg suka..June..hehe)..& agak mahal.

Selepas lunch di Pekan Ranau, kami teruskan lagi perjalanan menghala ke Sabah Tea Garden. Perjalanan ke sini..agak mencabar..bukan apa..jalannya agak teruk & kurang signboard..(ada 1-2 saja)..
Antara klue terpenting kalau ke sini..
1) Jalan terus sehingga jumpa simpang ke Poring Hot Spring (kiri), Sabah Tea Garden, Kg Nalapak..amik jalan KANAN. Jalan ni jalan yang sama ke Sandakan.
2) 15 minit anggaran perjalanan dr Pekan Ranau (pemanduan biasa ye...bukan laju-laju tau..)

Ok..akhirnya kami sampai juga ke Sabah Tea Garden. Jalan masuk ke sini tidak berturap ye...Ladang teh di sini tak seperti di Cameron Highland. sebab pokok2 teh ditanam jarang2 & nampak pendek2 jer..ala2 tak subur..hehe..tapi kalau x salah..ladang ni...antara ladang terawal di malaysia..
kami sampai situ..dah dekat jam 3..kalau datang awal..(8am-12pm) boleh melawat ke kawasan kilang. Bayaran RM12 untuk dewasa (warga malaysia).
Di sini juga terdapat Tea House..leh la minum teh (macam2 perisa ada..), lempeng teh pun ada..hehe..kaler hijau lagi...
Kedai Cenderamata pun ada gak..boleh beli teh kt sini..3 kotak (yg 25teabags) RM10, pek kecik2 5 teabag..sesuai wat gift tu..RM2. keychain, tshirt, buku2 ttg sabah semua ada jual..

Sabah Tea Garden



























No comments:

Post a Comment