Friday, August 5, 2011

Akan tiba suatu saat....





Akan tiba suatu saat dimana kita akan berhenti menyayangi seseorang bukan kerana orang itu telah berhenti meyayangi kita tapi kerana kita tahu orang itu akan lebih bahagia setelah kita melepaskannya...

Friday, June 17, 2011

Buku Kehidupan


Hidup manusia itu seperti sebuah buku.
Front cover adalah tanggal lahir.
Back cover adalah tanggal pulang (kematian).
..............................................

Kehidupan itu ibarat sebuah buku…
sampul depan buku adalah awal mula kehidupan …
sampul belakang buku adalah akhir penutup kehidupan..
tiap lembar buku adalah tiap-tiap detik kehidupan yang dilalui…
tiap lembar buku adalah tiap-tiap menit kehidupan yang dilalui…
tiap lembar buku adalah tiap-tiap jam kehidupan yang dilalui…
tiap lembar buku adalah tiap-tiap hari kehidupan yang dilalui…

Ada buku yang menarik dibaca…
ada yang tidak menarik dibaca…
ada yang sedikitpun tidak dilirik..
bahkan tidak dibaca sama sekalipun…
ada buku yang hanya menjadi pajangan saja…

Seburuk apapun halaman buku…
sekotor apapun coretan kehidupan halaman buku…
selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih dan polos…
halaman baru yang tiada cacat tiada cela..
untuk diisi dengan coretan kehidupan…
hingga tiba pada lembar akhir buku…
dan buku pun ditutup…..

demikian pula kehidupan…
seburuk apapun hari yang telah dilalui…
Allah selalu menyediakan hari yang baru untuk dilalui…
Allah selalu memberi kesempatan yang baru…
untuk melakukan sesuatu hal yang benar dalam kehidupan dihadapan Allah..
untuk memperbaiki kesalahan di hari sebelumnya..
untuk melanjutkan alur cerita kehidupan yang sudah ditetapkan-Nya..
untuk kehidupan seluruh hamba-Nya..
hingga tiba pada akhir kehidupan…
memenuhi panggilan-Nya…
yang tak dapat ditunda dan tak dapat dipercepat…
namun pasti kan tiba..

Nikmati, isi dengan hal2 yang baik dan jangan lupa untuk selalu bertanya kepada Tuhan tentang apa yang harus ditulis tiap2 harinya…

petikan dr blog buku kehidupan

Sofazr ~ Sesuatu yang Berbeza


Benarkah cinta tidak pernah berubah, yang berubah hanyalah hati yang tidak setia?

Wednesday, May 11, 2011

Novel Nyanyian Tanjung Sepi-Noor Suraya

Semalam aku nekad menghabiskan pembacaan naskah pnjang Noor Suraya ini dr jam 12 am hinggalah ke pkl 5 lebih pagi tadi. Fuuhh..meleleh gak airmata..sedih terutama saat perpisahan Sharifah Nuur Khalida dengan Aqmar Aziz.



Sebenarnya aku tak gemar citer2 sedih..(patutnya leh agak dr bunyi tajuknya kan?) tapi disebabkan lenggok bahasa yang sangat indah, susunan cerita yang menarik kerana walaupun panjang tp tidak membosankan.Dah lama tak baca novel melayu yang penuh berbunga2 & indah susunan kata..skrg ni novel melayu gaya penceritaan lebih moden.

Sejak memperbaharui hobi membaca novel ni, aku berhasrat menghabiskan sekurang-kurangnya 2 buah novel seminggu.
Dalam list skrg ni, ada 3 buah buku yg dipinjam, 2 uah buku baru beli yg dh sampai. da lagi 9 buah yg belum sampai..huhu..gigih tak?

Tuesday, May 10, 2011

Nora Elena Vs Kasih Yang Suci

Semalam tertengok Slot Akasia TV3, tu pun dh dekat2 nk habis. Dengar je si Aaron Aziz sebut nama 'Seth Tan'..rasa nk menjerit. Rupanya citer ni adaptasi dr novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha, yang baru2 aku baca. dah le novel tu best sgt..mesti citer ni pun best. pelakon pun leh tahan...huhu





Sebuah lagi drama bersiri yang diarah oleh Jet Li dan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris disiarkan di TV3 dengan judul, NORA ELENA. Drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah novel hebat “Kasih Yang Suci” karya novelis Meen Zulaikha ini merupakan terbitan Asian Media Content (AMC).

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.



Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!