Friday, August 5, 2011

Akan tiba suatu saat....





Akan tiba suatu saat dimana kita akan berhenti menyayangi seseorang bukan kerana orang itu telah berhenti meyayangi kita tapi kerana kita tahu orang itu akan lebih bahagia setelah kita melepaskannya...

Friday, June 17, 2011

Buku Kehidupan


Hidup manusia itu seperti sebuah buku.
Front cover adalah tanggal lahir.
Back cover adalah tanggal pulang (kematian).
..............................................

Kehidupan itu ibarat sebuah buku…
sampul depan buku adalah awal mula kehidupan …
sampul belakang buku adalah akhir penutup kehidupan..
tiap lembar buku adalah tiap-tiap detik kehidupan yang dilalui…
tiap lembar buku adalah tiap-tiap menit kehidupan yang dilalui…
tiap lembar buku adalah tiap-tiap jam kehidupan yang dilalui…
tiap lembar buku adalah tiap-tiap hari kehidupan yang dilalui…

Ada buku yang menarik dibaca…
ada yang tidak menarik dibaca…
ada yang sedikitpun tidak dilirik..
bahkan tidak dibaca sama sekalipun…
ada buku yang hanya menjadi pajangan saja…

Seburuk apapun halaman buku…
sekotor apapun coretan kehidupan halaman buku…
selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih dan polos…
halaman baru yang tiada cacat tiada cela..
untuk diisi dengan coretan kehidupan…
hingga tiba pada lembar akhir buku…
dan buku pun ditutup…..

demikian pula kehidupan…
seburuk apapun hari yang telah dilalui…
Allah selalu menyediakan hari yang baru untuk dilalui…
Allah selalu memberi kesempatan yang baru…
untuk melakukan sesuatu hal yang benar dalam kehidupan dihadapan Allah..
untuk memperbaiki kesalahan di hari sebelumnya..
untuk melanjutkan alur cerita kehidupan yang sudah ditetapkan-Nya..
untuk kehidupan seluruh hamba-Nya..
hingga tiba pada akhir kehidupan…
memenuhi panggilan-Nya…
yang tak dapat ditunda dan tak dapat dipercepat…
namun pasti kan tiba..

Nikmati, isi dengan hal2 yang baik dan jangan lupa untuk selalu bertanya kepada Tuhan tentang apa yang harus ditulis tiap2 harinya…

petikan dr blog buku kehidupan

Sofazr ~ Sesuatu yang Berbeza


Benarkah cinta tidak pernah berubah, yang berubah hanyalah hati yang tidak setia?

Wednesday, May 11, 2011

Novel Nyanyian Tanjung Sepi-Noor Suraya

Semalam aku nekad menghabiskan pembacaan naskah pnjang Noor Suraya ini dr jam 12 am hinggalah ke pkl 5 lebih pagi tadi. Fuuhh..meleleh gak airmata..sedih terutama saat perpisahan Sharifah Nuur Khalida dengan Aqmar Aziz.



Sebenarnya aku tak gemar citer2 sedih..(patutnya leh agak dr bunyi tajuknya kan?) tapi disebabkan lenggok bahasa yang sangat indah, susunan cerita yang menarik kerana walaupun panjang tp tidak membosankan.Dah lama tak baca novel melayu yang penuh berbunga2 & indah susunan kata..skrg ni novel melayu gaya penceritaan lebih moden.

Sejak memperbaharui hobi membaca novel ni, aku berhasrat menghabiskan sekurang-kurangnya 2 buah novel seminggu.
Dalam list skrg ni, ada 3 buah buku yg dipinjam, 2 uah buku baru beli yg dh sampai. da lagi 9 buah yg belum sampai..huhu..gigih tak?

Tuesday, May 10, 2011

Nora Elena Vs Kasih Yang Suci

Semalam tertengok Slot Akasia TV3, tu pun dh dekat2 nk habis. Dengar je si Aaron Aziz sebut nama 'Seth Tan'..rasa nk menjerit. Rupanya citer ni adaptasi dr novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha, yang baru2 aku baca. dah le novel tu best sgt..mesti citer ni pun best. pelakon pun leh tahan...huhu





Sebuah lagi drama bersiri yang diarah oleh Jet Li dan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris disiarkan di TV3 dengan judul, NORA ELENA. Drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah novel hebat “Kasih Yang Suci” karya novelis Meen Zulaikha ini merupakan terbitan Asian Media Content (AMC).

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.



Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

Saturday, May 7, 2011

Fast 5

5/5/2011



kt opis tadi, Mr F call ajak tgk wayang..rupanya hari ni keluar citer Fast & Furious 5. patut la pun....

Pas maghrib smp kt Sunway Carnival. Tp utk tayangan pkl 9.30 full house! yg lada..midnight. uh..lambat sgt. so kami ke Megamall lak.
mujur ada lagi..ada 4 panggung yg bukak time pkl 9.45..





Lama x pi Mega Cineplex..berwajah baru rupanya..





org punya la ramai..tu kot smpi bukak 4 panggung serentak..
Best sgt citer Fast 5 ni..pelakon pun best..ehheheh..mmg leh bg 10/10 la!

Thursday, May 5, 2011

BUKU..BUKU..

Semenjak dua menjak ni..tiba2 jer macam giler sgt membaca novel..hahaha..

semalam jer (4/5/2011) telah mengorder 10 buah buku secara online.


  • kedai-buku.com (Order No: 5857)

  • jemariseni.com (Order No: 9198)

  • kakinovel.com (Order No: 16055)

  • karyaseni.my (Order No: 416)

Weekend aritu berjaya habiskan 2 daripada 3 buah buku yg dipinjam dr library Taman Arowana (30/4/2011)



Semalam, achik bawakan novel adik dia lak..hehheeh..meriahnya hidupku!








School Holiday Planning..mmmm

mmm...
dh booking chalet di langkawi utk cuti sekolah ni.
mudah-mudahan sampai la..







Your booking
AB Motel, Pantai Cenang

Arrival
Tuesday, May 31, 2011

Departure
Thursday, June 2, 2011

2 nights
1 room
4 people

Total room price
(discounts included)
MYR 240

Booking conditions

Tuesday, May 3, 2011

LOVE....


LOVE....is missing someone even when they're with you...
(Kopi Susu Sepatu Biru - Ruby Hazri)


Saturday, April 30, 2011

Cameron Highland - 1st Trip 2011

13-15 Feb 2011
Heritage Hotel, Cameron Highland

22/2 ulangtahun KJD'92 - trip ni ala2 nk celebrate la kononnya.

Kebetulan Mr F ada keja di Ipoh, so aku join ler. mmg aku dh plan nk ikut & ke CH pastu. siap booking hotel kt Heritage. kebetulan ke tu?..hohoho..




Heritage Hotel pun dh berwajah baru. kami stay kt blok baru..so serba serbi nampak baru.









Kat sekitar CH, ada few new restaurants & hotel. tiap kali pi, ada jer yang baru. aku perasan gak..ada restaurant/kedai yg 5 kali aku pegi, 5 kali nama & signboard berubah..heheh..
Salah satunya, kedai/restaurant sebelah hotel De LaFern. sekarang dh tukar tokey & nama baru. GLORY 78 Steamboat & Snack Corner. 2hari kt sini, 3-4 kali gak singgah makan atau just for snack. Mr F suka strawberry sundae.









Kami x sempat ke Sg Palas sebab setiap hari isnin - TUTUP. Apapun aku mmg suka CH. Next trip will be in May 2011..insyallah

Pesta Buku Pulau Pinang 2011

Pesta Buku Pulau Pinang 2011
Tarikh: 9/4/2011
Tempat: Dewan Milenium Kepala Batas










M.A.I.D

M.A.I.D - Suri Ryana
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Diterbitkan Pada: April 2011
Dibeli dari: Diana Abdullah (FB)
Tarikh: 15/4/2011



aku x igt bila first time tgk novel ni tapi bila nmpk utk 2nd time kt FB, tanpa fikir panjang..terus order & buat bayaran. ternyata M.A.I.D menjadi pembangkit semangat aku menjadi peminat novel semula. hobi yang dah lama aku tinggalkan.

aku sangat teruja. Mr F, noorul..menjadikan M.A.I.D sgt2 menjadi. tahniah buat suri ryana. gaya penceritaannya sgt menarik. seolah2 kita ni noorul dan sedang bercakap pada diri sendiri.

Friday, April 29, 2011

Jom Heboh Pulau Pinang

Ni citer bulan March aritu..
27/3/2011

Dh dekat pkl 1pm, mak njang sms ajak pi Jom Heboh. heheh..aku mmg duk tunggu org ajak jer. Mr F (pinjam dr novel MAID..hhhaa) taknak pegi..lagipun dia keja hari ni.










Orang mmg ramai sgt2. dengan panas giler..fuhhh...

x de membeli apa2 sgt..beli biskut2 jer..selebihnya jalan2 jer. anak2 happy sebab dapat main kt Chipsmore Land.







Makan & Jalan2 kt Tanjung

Makan & Jalan2 - Tanjung (Penang)
24/4/2011

Malam ni anak2 tak de tuisyen. Dari petang tadi lagi, Amreel sibuk sgt ajak2 g jalan2. Last2 abah kata jommm...fuhh apa lagi..semua berdesup..siap!

Jam dh pkl 9 lebih, Ali pun dh lena. tapi keluar jugak lah sebab yg lain masih nk g jalan2.

Abah ajak makan kt Line Clear. Walaupun kurang gemar kt situ (aku nk pi Nasi kandar Beratur sebenarnya slps terbaca review kt satu blog ni..tp cik abg x nak pulak), aku ikutkan jer.









































Lepas makan, kami terus ke Padang Kota Lama. Anak2 suka main2 kt sini. Orang Ramai jugak. 2 kali pusing cari parking..huhu..
Abah lepak tepi laut..aku lak lepak tepi padang, sambil gigih menghabiskan novel 'Adam & Hawa'..ehheh..